BETUL KE ALFALFA SESUAI UNTUK WANITA YANG ADA MASALAH KEPUTIHAN? BERKESAN TAK?

0
COM
BETUL KE ALFALFA SESUAI UNTUK WANITA YANG ADA MASALAH KEPUTIHAN? 
Sejauh mana kebenaran ini....


Okay, mula-mula sekali kita kena tau Alfalfa ni apa. 
Jangan main beli je ikut orang cakap tapi taktau apa. 
Bahaya tu. Sekarang ni ada macam-macam kes. 



Ok...Apa itu Alfalfa?
Alfalfa ni sejenis tumbuhan yang bertindak seperti pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya  sedalam 6 meter ke bawah tanah dan mampu menyerap pelbagai zat dan mineral dari mendapan tanah. Terbaik dari ladang ni! 

Inilah daun pohon Alfalfa

Alfalfa Shaklee ni apa?

Ini lah ALFALFA COMPLEX keluaran Shaklee.

Nampak tak kat botol tu "Nutrients & Chlorophyll" ---- sebab alfalfa shaklee ni masih mengekalkan zat tumbuhan alfalfa itu sendiri. 

Kebaikan tumbuhan alfalfa ini sendiri adalah untuk kesihatan dalaman wanita dan hormon...maksudnya kebaikannya ala2 jamu gitu tapi tak sama dengan jamu. 





Okay... sekarang ni sebenarnya kenapa kita alami keputihan pada alat sulit?
Salahsatu punca keputihan adalah keadaan hormon kita. Keputihan yang cair mahupun likat dan berketul, itu bergantung kepada proses ovulasi kita. Faktanya, keputihan akan keluar cair ketika tempoh ovulasi dan bertambah likat bila dah nak dekat sampai waktu haid.

Jadi....Alfalfa Shaklee membantu menstabilkan hormon kewanitaan kita. Khasiat tumbuhan alfalfa ini yang mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh badan kita sebenarnya membantu menyihatkan sel-sel badan dan ovum kita. Apabila dalaman kita sihat, tiub follapio dan uterus, hormon kita menjadi lebih stabil. Ovum kita pun lebih sihat dan aktif. Dan ini yang membantu mengurangkan keputihan yang biasa dialami oleh kaum wanita.

Ini antara testimonial consumer yang gembira dan puashati dengan pengambilan Alfalfa Shaklee untuk merawat masalah keputihan mereka. Alhamdulillah. 





Selain untuk keputihan... Alfalfa Shaklee juga mempunyai pelbagai khasiat untuk membantu mengatasi masalah kesihatan lain. InsyaAllah kita hanya berusaha selebihnya DIA yang uruskan


PENGALAMAN SAYA BERPANTANG SELEPAS BERSALIN SECARA CEASERIAN - APA LAUK BERPANTANG SAYA?

0
COM

Macamana nak berpantang untuk mereka yang bersalin ceaser? 
Sakit tak ceaserian?
Mesti leceh nak berpantang,kena jaga luka lagi, jaga anak lagi

Jawapan untuk persoalan semua di atas : SAMA JE DENGAN NORMAL DELIVERY

Ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan atau ceaserian memang kena jaga luka jahitan (ceaserian) supaya sentiasa kering dan tidak bernanah kerana boleh menyebabkan jangkitan kuman. Selain itu jaga dari segi pemakanan, elakkan pemakanan yang menyebabkan gatal seperti telur, nanti tempat jahit tu gatal kan susah. Dari segi aktiviti harian, jangan angkat benda berat. Itu saja... 

tiada beza kan dengan mereka yang bersalin normal? Jadi jangan lah risau sangat dek non....

Menu berpantang saya : kalau nak resepi boleh email saya atau whatsapp saya k!



makanan berpantang saya mudah and simple. semua ibu dalam pantang boleh makan ni. samada bersalin normal atau ceaserian , pembedahan biasa utk semua orang pun sesuai makan mcmni, kerana tak gatal.

gambar tengah : kerabu pegaga. Pegaga elok untuk banyakkan susu
gambar kiri bawah : Grill salmon + steam cauliflower


Selepas mandi ...saya mandi macam biasa ...selepas mandi guna hairdryer untuk keringkan tempat jahitan. Sekiranya guna standfan boleh menyebabkan habuk kipas terbang dan mungkin boleh jangkitan kuman pada jahitan. Kalau merah dan bernanah cepat2 la pergi hospital ya, jangan takut.

Untuk luaran pula, selepas mandi saya suka lumurkan minyak herbal pada kaki sebelum pakai stokin. 

Untuk set berpantang, saya makan set berpantang Shaklee, iaitu : 
ESP + Alfalfa + B Complex + Ostematrix + Zinc + Vitamin C + Vitalea

Saya pilih shaklee of course sebab taknak chemicals. Yang ke-2 kerana tak suka perkara remeh temeh, set berpantang Shaklee ni saya hanya perlu telan je. Dan yang paling penting rasa sihat dan tak penat selepas makan Shaklee, kerana kandungan setiap vitamin itu melengkapkan khasiat yang badan saya perlukan. Kawan-kawan yang datang melawat semua kata tak nampak macam dalam pantang pun, sihat dan berseri. Alhamdulillah,amiin.

Jujur dari hati memang saya suggest sangat ibu berpantang amalkan set shaklee ini.


SETIAPKALI HAID MESTI KENA SENGGUGUT. APA CARA MUDAH DAN SELAMAT UNTUK ELAK DARI SENGGUGUT BERTERUSAN

0
COM
Perut tak selesa setiapkali haid, bagi kaum wanita ini semua sesuatu yang harus ditempuhi setiap bulan. Selesa tak selesa tugas seharian kena buat juga tau.... Tapi ini kira okay lagi. 

Yang lebih kesian kalau setiapkali haid kena senggugut. Kesian tengok sebab bila sakit tu sampai merengkok-rengkok badan tahan kesakitan, ada yang MC kerja sebab tak mampu nak berjalan. Saya pernah tengok kawan pakai tali pinggang kat perut, habis lubang tali pinggang tu dia guna, salahsatu cara dia nak tekan perut agaknya, nak bagi kurang rasa sakit tu. huhuuu.....

Sebenarnya untuk pengetahuan semua,
Senggugut ni sebenarnya disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus, itu yang membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. 



APA CARA MUDAH DAN SELAMAT UNTUK ELAK SENGGUGUT BERTERUSAN?


Senang jer, JANGAN MAKAN PANADOL/PARACETAMOL/PIL TAHAN SAKIT. Sebab apa? sebab ni semua sementara, bukan menghilangkan senggugut untuk selama2nya tapi untuk memberi kelegaan beberapa jam awak telan pil tu saja. Petang ni sakit, makan pil lagi. Next month sakit , makan pil lagi....Sudahnya, lama2 buah pinggang pun boleh rosak.


Atasi masalah senggugut dengan cara yang betul iaitu : 

  • Amalkan pemakanan yang cukup protein, karbohidrat, kalsium dan nutrient penting untuk tubuh!
  • Makan supplemen semulajadi yang boleh memberi and cukup kalsium,magnesium, terutaman untuk melindungi sistem saraf dan otot bagi mengelak daripada masalah cramp.
  • Beri badan anda kehidupan yang sihat dan bertenaga.






APA KESAN JANGKA PENDEK/JANGKA PANJANG JIKA SENGGUGUT NI DIBIARKAN DAN TIDAK DIATASI?

Senggugut boleh menjadi salah satu punca kepada CYST, susah untuk mendapatkan zuriat, sakit sendi dan otot yang akhirnya beri kesan kepada saraf tunjang serta boleh mengganggu peredaran darah berlaku dengan lancar.



Apa yang perlu.... dalam kita merawat sakit senggugut setiapkali haid ni, perlu ingat juga haid dan senggugut adalah sesuatu yang berkaitan hormon dan keadaan uterus kita. orang kata "nak pakai lama"..... jadi seharusnya kita merawat dengan cara yang selamat. Jangan sesekali merosakkan dalaman kita dengan membiarkan ia begitu sahaja. 





TOLONG SAYA... NAK SANGAT MENANG IPHONE6 PLUS

0
COM
Assalamualaikum buat yang membaca....


Saya nak mohon jasa baik saudara saudari sekalian untuk tolong saya menang handphone Iphone6 Plus secara percuma. Handphone idaman hati ni, mane la tau ada rezeki saya kan... Ini contest yang saya sertai, cara nak menang senang saja cuma saya perlukan pertolongan you all.


Caranya you all cuma klik pada video yang ada di bawah ini dan dengar sampai habis video.

#1klik bersamaan 1point untuk saya raih iphone6 Plus

# klik & dengar atleast 2video, kalau nak klik semua pun lagi bagus hihihi...

Tolong saya untuk menang ye...ada hadiah menarik untuk yang paling banyak "klik dan dengar"
Haruslah saya hargai pertolongan you all yang sudi bantu saya.

JOMSSSS MULAKAN!


Video 01 (klik video)
MACAMANA NAK BUAT HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM?





Video 02 (klik video)
AMALAN PANTANG SELEPAS BERSALIN ELAK MIMPI NGERI SAKIT SEMBELIT




Video 03 (klik video)
DILEMA SANG ISTERI SOKMO BUAT SUAMI BINGUNG



Video 04 (klik video)
SIAPA NAK HIDUP LEBIH HAPPENING TIADA MASALAH





Video 05 (klik video)
10TAHUN GASTRIK KRONIK, OVER SANGAT KAN



Video 06 (klik video)
BETUL KE ANAK KURUS KERING SELALU SAKIT?



Dah klik & dengar sampai habis video.........???

THANK YOU SO MUCH YOU ALL
PERTOLONGAN AWAK AMAT SAYA HARGAI 

Sekiranya ada antara awak dan awak yang berminat nak grab iphone6 Plus percuma ni..contact saya k. whatsapp 0122103244. saya share cara nak sertai. Mane tau kalau bukan rezeki saya, mungkin rezeki awak yang dapat iphone6 Plus. berbaloi sangat.. worth RM3,549.00! 

PERUT BUNCIT DAN GELEBER TAHAP BILA DUDUK KENA TARIK BAJU KE DEPAN

0
COM
Ada yang terasa..........??? 
Takperlu malu sebab bukan awak seorang saja yang alami nasib begini. Ramai lagi. 

Perut buncit
Perut geleber
Perut berlipat-lipat
Perut jalan dulu

Ni semua membawa maksud yang sama je iaitu : Sila kempiskan perut kita ye

CARANYA ??? Sila bersenam. Jogging, Sit-Up.
Sejauh mana kita mampu lakukan 2 basic bersenam ini setiaphati tanpa mengelat. Almaklumlah pagi harus bersiap untuk pergi bekerja. Sampai rumah dah petang. mana nak rehat lagi, nak uruskan anak-anak lagi, nak masak untuk makan malam lagi. Mandi pun bila jarum jah dah cecah 9malam...kan?


Ini cadangan ikhlas dari saya. Jimat masa, kos dan tenaga. Awak boleh kempiskan perut dengan mengamalkan secara konsisten dan mengikut cara yang betul.....


Kandungan Protein yang mencukupi membantu kita berasa kenyang dengan lebih cepat apabila makan. Apabila kita berasa kenyang, secara automatiknya otak akan memberi signal untuk tidak berasa lapar atau kurang nafsu makan.

Protein dalam ESP juga menukarkan lebihan karbohidrat kepada pembinaan otot. Maksudnya semakin kurang lemak terhasil dalam badan dan lebih mudah untuk kempiskan perut. 


Pembinaan otot yang sekata seluruh badan membantu membentuk badan yang cantik tanpa kulit menggeleber. Otot juga akan mudah ditukarkan kepada tenaga apabila kita melakukan kerja atau bersenam. Senaman yang konsisten seiring dengan program diet akan memastikan kita kurus lebih cepat dan sihat.


Pengalaman ibu anak 3 KURUS SELEPAS BERSALIN SAMPAI TURUN 20KG!



Sebagai penambahan untuk keputusan yang lebih menggembirakan.......cubalah amalkan bersama OMEGAGUARD! - bantu menyahkan lemak serta menstabilkan metabolisma badan kita.




NAK KECUTKAN CYST OVARI SUPAYA TAK PERLU DI BEDAH

0
COM


Masalah cyst ovary adalah masalah di mana terdapat pembentukan benjolan kecil yang mengandungi cecair di sekitar ovary seseorang wanita. Kebanyakan cyst ini tidak merbahaya kepada wanita tersebut tetapi ianya boleh menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kesakitan dan juga pendarahan.


Ini pengalaman saya sendiri.

Saya tak tau saya ada cyst. Kebetulan masa tu saya mengalami kesakitan di bahagian perut dan pendarahan. Memang taktau nak jangka apa jadi saya pergi klinik untuk checkup.

Doc scan di bahagian rahim dan tunjuk pada saya..."awak ada cyst ni. nampak macam tak kecik". Gulpp!! maksudnya besar la kan? Masa doc tengah scan lagi untuk tau size cyst tu, dalam kepala saya memang pikir taknak kena operate, tolong lah, taknak operate. "Okay,size cyst ni 4cm x 5.8cm".

Akhirnya doc bagi ubat dan set next appointment untuk review semula size cyst saya dan further discussion apa perlu buat next.



Itu lah macamana saya tau ada cyst. Balik rumah memang saya terus google apa perlu buat, apa perlu makan dan apa perlu elakkan makan. Siap google punca cyst lagi sebab macam tak percaya terkena pada diri sendiri. 

Saya ada juga baca blog dan join forum mereka yang mengalami cyst. Dari pengalaman mereka ramai yang berterusan makan ubat doktor bagi. Ada yang dari tahun 2006 duk makan ubat sehingga sekarang. 

Saya pula pikir.....takkan nak makan ubat sampai bila-bila kan? Kalau boleh saya taknak.



Appointment seterusnya......

Size cyst saya dah mengecil. Subhanallah macam tak percaya. Sebab saya tak konsisten makan ubat doc bagi, banyak skip ubat dari makan ubat. Selepas sebulan size cyst saya jadi 3.2cm x 4cm...serius terkejut.


Bila review semula.....Oh! Shaklee.... Yes! saya memang makan vitamin Shaklee. saya semak setiap satu vitamin yang saya makan.


GLA COMPLEX
Anti oksida
Meningkatkan kesuburan wanita
Melancarkan perjalanan sperma ke ovum wanita
Membetulkan period cycle
Mengimbangi hormon, sindrome PMS dan Menopause
Menghilangkan sengugut ketika period


ALFALFA COMPLEX
Bertindak membaikpulih kesihatan dalaman wanita
Sebagai perapat
Menghilangkn keputihan
Melancarkan haid
Menegang dan memontokkan payudara

B-COMPLEX
Untuk mengatasi masalah stress
Untuk membantu pertumbuhan sistem saraf
Untuk membantu memberikan tenaga
Mengelakkan kecacatan saraf pada janin






Alhamdulillah...jujur saya cakap, saya bersyukur sangat. Tak sangka 3 vitamin ni bantu kecilkan cyst ovari yang saya alami. Dan akhirnya kata putus doktor adalah saya tak pelru di bedah dan boleh terus mengamalkan supplemen Shaklee ini untuk bantu hilangkan cyst yang ada.

Lebih saya tak sangka..... I'M PREGNANT! Masa tu la. Tak silap saya 5bulan selepas itu. Syukurnya, gembiranya, hanya ALLAH SWT saja yang tau. Allahuakbar. Saya yakin apabila kita redha untuk lalui dan berusaha untuk sembuh insyaAllah Dia bantu kita dunia akhirat.



Ini cerita pengalaman saya dan cara saya.
Sekiranya ada yang melalui apa saya lalui ni dan ingin cuba amalkan 3 vitamin tersebut, contact saya. Saya akan bantu saudari semampu yang boleh. Saya faham sangat apa saudari rasa sekarang.



MULTIVITAMIN & MULTIMINERAL UNTUK TUMBESARAN ANAK-ANAK SYURGA KITA

0
COM


Vitalea Sebagai Pelengkap, Bukan Pengganti Makanan Kepada Anak-anak.

Jangan salah anggap.. Vitalea For Children adalah multivitamin dan multimineral dengan formula sesuai untuk melengkapi nutrient anak-anak kita. Jadi pengambilannya bukanlah pengganti makanan. Ibu ayah perlu menyediakan dan memberi makanan seimbang untuk anak-anak syurga kita.


Seperti kita sedia maklum, dengan kehidupan kita yang sibuk dan mengejar masa , kita memang tak lepas dari buat kesilapan, contohnya beli makanan ringan untuk anak-anak sebagai alas perut, beri anak-anak kita makan ala kadar...yang mana sempat kita buat. Sampai satu tahap, tawakal lah insyaAllah anak aku kenyang tu pergi sekolah.

Sedarilah bahawa... anak-anak kita sebenarnya tidak mendapat cukup zat untuk dia membesar dengan sihat. Anak yang jarang sakit tak bermaksud dia sihat. 

Apa kata mereka...dari pengalaman dan realiti dalam membesarkan anak-anak

ANAK KURUS KERING & SELALU SAKIT DI TASKA, APA NAK BUAT?




Vitalea multivitaminn multimineral ini sangatlah di sarankan untuk anak-anak syurga kita agar mereka membesar dengan baik dan peroleh kesihatan yang baik juga.

Anak-anak kita hanya perlu KUNYAH 1 biji Vitalea sehari, Itu saja.

Ini adalah senarai sayuran atau makanan yang perlu anak-anak kita makan untuk memperoleh khasiat Vitalea Shaklee.


Dengan hanya mengunyah 1 biji Vitalea anak-anak syurga kita akan dapat semua khasiat di atas. Alhamdulillah. Vitalea memudahkan kita dan anak-anak kita untuk terus membesar dengan sihat. InsyaAllah.

"1 bottle of Vitalea for Children has 60 chewable tablets"

Berbaloi sangat. 1 botol cukup untuk 2bulan anak-anak kita makna. Harga pun berbaloi.

Kesihatan anak-anak nombor 1.